Thursday, August 14, 2014

AKU YANG DEWASA

Zaman dewasa menjengah tanpa salam dan pesanan. Teringat kembali sisa-sisa memori bergelar anak kecil di sekolah rendah, kemudian melangkah ke menengah ..dan seterusnya menara gading. Jiwa bergelar remaja dan separuh belia aku kira, mengujakan! Walau aku lahir di dunia yang penuh dengan alat-alat elektronik dari bersaiz besar kepada kecil, dari berpunat kepada sesentuh, pokoknya..inovasi yang tiada tandingan..tetapi...aku masih percaya...ciptaan yang paling agung dan sempurna adalah kita MANUSIA.
cebisan memori lalu masih utuh dan melekat walau dewasa itu menjengah...

Friday, June 27, 2014

Seperti biasa kembali menghadap tugasan harian-8 jam berada di pejabat. Sesekali mengenang kembali detik bergelar penganggur terhormat dulu..amat indah kerana tidak terikat dengan pelbagai tugasan dan masa untuk diri sendiri sangat berkualiti. Pernah satu saat, bila dah bergelar pekerja, AKU INGIN KEMBALI KE ZAMAN YANG AKU BOLEH BUAT SESUKA HATI DENGAN MASA TERLUANG.

Monday, June 16, 2014

Bila menjengah catatan maya peribadi ini, rindu bertamu lebih-lebih lagi sempat singgah sejenak di ruangan blog mahaguru. Rindu mendengar leteran dan tunjuk ajar darinya...jiwa, bila diadun dan dibentuk..tiada yang mudah merubahnya. Sekalipun bertimpa-timpa godaan tetap jua kukuh! Terima kasih mahaguru...jiwa bermain bahasa masih tegar di dada..

Monday, May 19, 2014

Kembali Menjengah


Sekian lama laman ini tidak dikunjung, terlihat habuk dan sesawang menghiasi,
cuba untuk memperhias ia dari pelbagai sudut..namun takala ini, hanya ada satu gambaran keluar
....keletihan selepas bekerja seharian..memaksa badan dan minda berehat..namun untuk laman indah ini,
aku kembali gerakkan keringat mencoret sedikit buat tatapan dan ingatan sendiri..

TERIMA KASIH DIARI MAYA..kau peneman ...adios.

Wednesday, January 15, 2014




makan oh makan


Memberi panduan dan nasihat berkaitan pemakanan sudah menjadi tanggungjawab para doktor dan pakar pemakanan. Maka, tejelma sebuah 'bangunan' kecil yang kita panggil piramid makanan dalam bahasa saintifiknya. Wujud piramid itu amat menyenangkan kita kerana garis panduan tentang pengambilan makanan serta sukatan dan jenis dapat dikenalpasti dengan cepatnya. Ternyata, kita amat mengambil berat akan keperluan tubuh badan malah, ada yang berbelanja ratusan dan ribuan atau lebih untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Kemudian, satu persoalan berputar...sudah berapa lama otakku tidak diberi makan dengan sekucupnya. Semua hidangan yang aku sajikan hampir setahun lalu semuanya snack dan  junk food yang tidak menyihatkan...alahai..beribu-ribu karat rasanya. Kemudian lagi...oh...ternyata waktu ini aku amat memerlukan sesuatu yang boleh mengisi minda!...

P.S...aku terlupa untuk mengambil makanan tambahan selepas menikmati makan malam...

Tuesday, January 14, 2014

sesingah


2013 hingga kini, menjadi sebuah bab yang berputus-putus dalam hidup..dua kali bertukar tempat kerja,
'travel' dari malaya ke bumi kenyalang..kadang-kadang semua itu agak memenatkan..dan alangkah bagus jika sekeping tubuh molek ini menetap di suatu tempat dalam jangka masa yang lama. Namun, adat hidup membujang..suatu nikmat yang tidak terhingga apabila bepergian tanpa memikirkan tangungan,..akan aku nikmati detik seperti ini...



Thursday, December 13, 2012

CHRISTMAS





APA YANG AMAT MENGEMBIRAKAN PADA HUJUNG TAHUN...?? CUTI SEKOLAH, CUTI BAGI PENUNTUT KOLEJ DAN UNIVERSITI, CUTI BAGI GURU, RUANG BERCUTI BAGI RAMAI PEKERJA..ATAU..APA? HUJUNG TAHUN MASA UNTUK TUTUP AKAUN, AUDIT AKAUN, SEMAK BAKI...ATAU APA LAGI YA.. YANG PASTI, INDIVIDU MEMPUNYAI RANCANGAN TERSENDIRI. BAGI SAYA DAN YANG LAINYA..MASA UNTUK MENYAMBUT KRISMAS!!!!!    YEAH..KRISMAS..KRISMAS..HIAS POKOK KRISMAS, BERTUKAR HADIAH, PAKAI BAJU CANTIK, SEDIAKAN MAKANAN YANG ENAK, KEMAS RUMAH ( PALING MEMENATKAN) ...APA PUN PERSEPSI ANDA TERHADAP KRISMAS...BUKAN MENJADI HALANGAN...YANG PASTI..HUJUNG TAHUN ( TERUTAMA BULAN DISEMBER) KESELAMATAN BERADA DI TANGAN KITA.