Tuesday, December 27, 2011

'holiday'

sangat gembira bila dapat bercuti biarpun minggu ini sepatutnya adalah minggu ulangkaji..namun, misi merehatkan otak harus disempurnakan..supaya selepas ini otak akan menerima lebih banyak input-input yang mungkin mempunyai kapasiti yang 'lebih muatan'. 

Friday, December 9, 2011

OBSES

suatu ketika dahulu, aku bercita-cita hendak menjadi pelukis. cita-cita waktu zaman kanak-kanak sangat memberikan inspirasi kepada kehidupan dewasaku sekarang. dalam usia yang masih lagi di alam persekolahan menengah, melukis merupakan aktiviti harianku walaupun sanggup berjaga sampai pagi semata-mata hendak menyiapkan lukisan. apabila tiba hujung minggu, lukisan kertas A4 merupakan teman rapat yang sentiasa menemani diri, ya...sebetulnya aku tiada punya teman yang boleh diajak 'dating' seperti kebanyakkan rakan-rakan yang lain hahah...dengan kertas A4 yang merupakan milik kakak nombor duaku selalu saja ku ambil tanpa pengetahuannya...maaf ya kak. kegilaan melukis memaksa diri untuk sentiasa mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan objek lukisan. objek yang menjadi wajib untuk diabadikan dalam kertas A4 ku biasanya watak-watak komik yang ku baca. sangat  mengujakan apabila remaja begitu obses dengan cita-citanya. jika direnung dalam diri ini dalam usia yang dewasa, sebetulnya masih lagi remaja..payah untuk mempunyai semangat obses seperti itu. ingin saja diseru semangat dulu supaya tidak lembik seperti sekarang. mahu saja dilaung-laung keobsesan itu supaya pada waktu ini saya bersemangat membuat tugasan yang semuanya menuntut hak masing-masing supaya disegerakan penyudahannya. OH! SANGAT MENRINDUI WAKTU-WAKTU KETIKA OBSES 'BEKERJA' ITU. MARILAH..MARILAH...DATANG KEPADAKU..

Thursday, December 8, 2011

persalinan baru

 
krismas semakin menghampiri dalam bulan disember ini. walaupun tidak membuat sebarang persiapan untuk menyambutnya seperti mana suasana di rumah, tetapi..hati tetap bersedia menyambut tarikh itu..sangat bermakna! jika kita tahu bahawa ada 'orang' yang sudi berkorban untuk kita pada bila-bila masa saja dalam apa jua perkara, sehingga silap kita, kekotoran kita, malah aib yang dilemparkan kepada kita dibasuh, dibersih sekaligus memberikan persalinan yang baru bagi kita. makanya, ucapan krismas itu bukan sahaja menyedapkan telinga orang yang ditujukan tetapi seiring dengan perkataan-perkataan yang menjadi doa kepada mereka supaya krismas mereka lebih bermakna. SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS KEPADA SEMUA YANG MENERIMA JESUS SEBAGAI JURUSELAMAT. peace to all..adios..

Wednesday, December 7, 2011

sesedap mata memandang

kata orang..dari mata turun ke hati, maka imejan yang timbul dari hati akan dibawa oleh salur halus yang dipanggil saraf ke otak untuk diproses seterusnya menghasilkan keputusan cantik atau hodoh, indah atau buruk..semuanya ditafsir oleh akal. sungguh! mata itu tidak dapat menipu bahkan kejelasan tertera tidak berselindung. jadi..janganlah menghidangkan mata anda dengan perkara-perkara yang tidak indah kerana..otak akan menafsirkan apa yang dipandang mata. bahayanya saudara saudari...insaf akan diri ini dengan kejahilan..kalaulah mata ini boleh dicuci dengan sabun...adios...peace to all..

Thursday, December 1, 2011

aku bercerita...

suatu hari dia bercerita, kalau bisa,
anak watannya naik ke bulan,
pada hari ini, anaknya terbang ke angkasa,

suatu hari, dia berkisah kalau bisa,
anak pemudanya petah berkata-kata,
pada hari ini, cucunya dipenjara kerana lidahnya,

suatu hari, dia berhikayat, kalau bisa,
anak bangsanya cerdik ilmu moralnya,
pada hari ini, cicitnya makin liar,
menerajang dinding adat sopan,

suatu hari, dia bermadah, kalau bisa,
anak peliharaannya berfikir minda kelas pertama,
namun, hari ini dangkal tetap menjadi pegangan,
pentingkan diri menjadi Tuhan!
kisah yang suatu hari menjadi omongan..

Friday, November 4, 2011

sekadar sedikit rasa..

awan...
bawalah bingkisan cinta ini...
biar menjadi rintik hujan...
segarkan kegersangan hati sang pencinta..

malam..
gelap dirimu menutup maluku..
tatap matanya leburkan rangka tulangku...
hingga menjadi debu cinta..
berterbangan di udara..

bulan..
andai pungguk rindukan dirimu..
maka aku rindu akan kekasihku..
duduk merenungmu bukan bermakna cintakanmu..
hanya sekadar membayangkan wajah kekasihku..

Sunday, October 23, 2011

aku diam saja..

kalau aku bisa bercakap,
cakaplah apa-apa sahaja, 
kalau aku bisa ucap,
ucaplah apa-apa sahaja, 
ya..cakap dan ucap apa sahaja,
lewat lontaran suara yang kadang kala 
tenggelam dek ombak masa,
yang kadang kala timbul dek arus rasa,

bukan sekadar kosongan menghiasi ucapanku,
bukan sekadar kata-kata manis yang cair di mulut,
dan hilang selepas ditelan,
ingin sekali aku bersuara..teramat ingin,
terasa benar di hujung lidah akan perkataanku itu,
tapi, ada mata-mata memandang menerjah dengan jelingan,
mata-mata yang seolah-olah ada mulut dan berkata-kata,
" hai! kau yang disana, tutup mulutmu!"

mata-mata yang amat ku tidak sukai,
menjelirkan lidahnya yang panjang,
dan lidahnya kemudian..
membalut seluruh tubuhku
memulas segenap tenagaku,
menginjak nadi utamaku,
wah..gampangnya mereka,
gampangnya nya mata-mata itu.

peranan kita...

" seniman harus lebih dahulu daripada yang lain-lain, termasuk orang politik, melihat jalan keluar bagi kepentingan bangsa, karena bukankah seniman itu menjadi hati nurani bangsanya?" ( Ajip Rosidi, 221: Anak Tanah Air- secercah kisah).

membaca novel ini menguatkan lagi semangat sebagai seorang pelajar kesusasteraan. bukan kerana kemegahan tetapi, fikiran yang jauh untuk bangsa diri. lihatlah, bagaimana 'seniman' memberi sumbangan besar kepada negara bangsanya. pemikiran seperti ini patut difikirkan oleh semua pendokong kesusasteraan termasuklah yang terlibat secara lansung atau tidak secara lansung dan para pemimpin negara juga harus mendengar pandangan dan buah fikiran daripada 'seniman'dan bukan semata-mata mempraktikkan falsafah politik sahaja. bercakap tentang novel seperti di atas, jelas menunjukkan sejarah sesebuah negara dirakam dengan baik melalui karya yang bukan sahaja memfokuskan kepada sejarah material semata-mata tetapi, hakikat hati, perasaan dan keinginan mendalam rakyat untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara bangsa di samping menyuarakan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka. lihatlah, bertapa indahnya kesusasteraan, bertapa murninya karya ciptaan para 'seniman'. apa yang menjadi persoalan ialah adakah orang diluar sana mendengar luahan dan rintihan hati yang cuba disampaikan oleh 'seniman' lewat karya mereka??..fikir-fikirkan lah..peace to all..adios..

Monday, September 26, 2011

selamat kembali ke kampus

masih terasa akan udara segar dan bau masakan di kampung (walaupun hanya bercuti di kampung selama satu bulan) dan keriuhan suara saudara mara. Perbezaan yang ketara antara kawasan pedalaman dan bandar membuatkan ingatan itu tetap segar biarpun segala kemudahan yang ada dibandar tidak ada di kampung. bercakap pasal cuti, ya...bercuti sakan nampaknya saya semester ini kerana segala-galanya bercuti termasuklah buku, pen dan komputer riba kesayangan hamba. namun demikian, saya mempelajari perkara baru dalam hidup iaitu bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Benar kata orang bekerja bukan perkara yang mudah. Usaha dan tenaga amat-amat diperlukan biarpun hanya bekerja sebagai pembantu jualan. bagi saya..amat menarik bekerja sebagai pembantu jualan walaupun agak 'dipandang rendah 'oleh masyarakat. kenapa saya kata menarik? sebab..kita boleh bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang punya kehendak dan keinginan yang berbeza..wah...Tuhan memang maha kuasa. semua manusia tidak sama..kalau ada persamaan pun..mungkin dalam perkara yang kecil sahaja. Berdepan dengan ahli masyarakat sangat mengajar kita erti sabar, erti bertolenrasi dan sikap jujur apabila berdepan dengan mereka. Amat gembira sekiranya ada dikalangan pemimpin masyarakat yang sanggup bekerja di pasar raya atau kedai-kedai runcit semata-mata untuk melihat dan meninjau kehidupan ahli masyarakat. sungguh bermakna...

peace to all.adios..

Friday, March 25, 2011

renungan buat manusia yang bergelar insan

itu kamu!
yang sedang enak dibalut mimpi,
ranjangmu berlapik kapas,
gebarmu baldu merah,
baju tidurmu ulat sutera,
bantalmu bersulam emas!
hai itu kamu!
terlupa akan si tempang peminta sedekah,
lalai akan si buta berwajah gundah!
alpa akan si kecil tangannya sebelah,
amat terlupakah hai dirimu itu?

itu kamu!
yang bersukacita menari elok dipentas,
bajumu indah berkedipan,
seluarmu buatan tangan,
rupamu gemerlap indah nian,
hai itu kamu!
teringatkah engkau akan si tua,
menumpang di kayu reput,
sebatang kara!
terjelmakah rupa si miskin 
yang hidupnya ibarat ayam?

hai itu kamu,
yang lantang bersuara di meja,
melontar kata-kata,
bak air mengalir laju,
mendengar..melihat..
tak usah meraba!
nah! mereka juga manusia...

Wednesday, February 23, 2011

HAPPY VALENTINE DAY...



walaupun dah berlalu...tapi...sebagai insan yang memiliki perasaan kasih sayang terhadap sesama manusia, wajarlah kita menyambutnya setiap hari....bukan pada hari tersebut saja. makna kasih sayang sangat luas jika hendak diteliti...oleh itu...terpulang kepada individu untuk menilai makna dan mengamalkannya. bagi saya...kasih sayang saya untuk Tuhan saya...keluarga dan para sahabat..sekian...
peace to all...adios...

Friday, January 28, 2011

dan..

Aku kata, selagi terdaya aku tetap mencinta..
Dia kata, segalanya akan dikorban untuk memberi bahagia…
Dan..
Kau memilih dia..
Aku kata, cinta melulu itu cinta buta…
Dia kata, pertaruhkan nyawa demi cinta…
Dan..
Kau tetap memilihnya…

taman berduri..

Potonglah jari manisku!
Biar berdarah cincin itu!
Potonglah dengan lembut
Kerana pisau dari tanganmu
lembut usapan bak sutera.

Balut tubuh ini yang kedinginan
Balut dengan halus rambutmu
Kerana dingin kehidupan
Terbang bersama jasad dan roh
Hidup yang semalam
Hapus bersama darahku yang mengalir

Siksa menjalani
Perit mengharungi
Taman berduri itu sekali lagi kutempuhi
Cincin di jari manisku, kau lumur darah segarku
Pisau lembutmu, kau pacak di dadaku
Taman berduri!
Menjadi saksi !


Taman berduri, liar membalut
Taman berduri, medan cinta kecundang
Taman berduri, usah dijejaki
Taman berduri, ku menjadi mangsamu!

Saturday, January 15, 2011

azam 2011

setiap insan pasti mempunyai impian dan harapan. sempena dengan tahun 2011 yang telah menjelang, ramai yang memasang cita-cita dan visi yang ingin dicapai. bak kata orang tahun baru, azam pun baru. tetapi teman, sekuat  manakah semangat kita mencapai impian dan kehendak hati kita itu? tepuk dada tanya selera! ada azam ingin menjadi lebih kurus, ingin menukar kereta baru, beli rumah, ingin mencapai keputusan cemerlang dalam perperiksaan..dan berbagai-bagai lagi. pokoknya, azam itu mestilah lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.
apa-apa pun, semoga berjaya mencapai azam baru. peace to all. adios.