Saturday, October 23, 2010

hamba mereka

bercakap tentang dadah, semua orang pasti akan tahu apa itu dadah dan akibat jika mengambil dadah. umpama hamba yang disumpah jika seseorang itu mendekati dadah dan mengambilnya. manusia yang mencipta dadah dan manusia juga yang menangung akibat daripada ciptaan mereka sendiri dan manusia juga berusaha dengan sekuatnya memulihkan dan menghalang manusia-manusia yang lain daripada menambil dadah. peliknya manusia itu. namun, itulah yang telah terjadi. dadah yang kadang kala menjadi ubat itu amat berguna juga kepada manusia. segala yang berkaitan dengan penyakit akan menggunakan dadah sebagai penyembuhnya. namun, dunia yang semakin maju ini, dadah bukan lagi satu yang pelik bagi manusia dan manusia tahu jika mengambil dadah, tiada jalan untuk berpaling lagi. tetapi bagaimana pula dengan kemajuan-kemajuan lain yang dicapai oleh manusia? seperti teknologi. telefon bimbit misalnya. juga menjadi satu ketagihan kepada manusia hari ini. setiap hari pasti ada jenama baru yang keluar di pasaran. kemajuan itu juga salah satu 'dadah' kerana menjadi satu ketagihan kepada manusia. begitu juga dengan laman web sosial seperti facebook dan yang seumpama dengannya. semuanya adalah 'dadah'. jadi, manusia hari ini semuanya terlibat dengan 'dadah'. peace to all..adios....

Sunday, October 17, 2010

nukilan ku...






Rindu tika itu,

Datang menyapa bila diri merasa sunyi,
Rindu pada tika itu,
Menerjah menusuk ruang pintu kalbu,
Kala tatapan bertaut,

Rindu pada saat ini,
Menikam sukma, memukul jiwa,
Tusukan duri-duri rindu nyilu terasa,
Nikmat ciptaan Tuhan pada makhluknya,

Pabila rindu kian membara,
Hujan air mata!
Sang pencinta, rindu berhamburan di dada,
Luahkan saja!
Lewat bisikan bayu senja,

Thursday, October 14, 2010

IN SOLITUDE

I'm not the one to die for Don't grieve for me After I am gone No one remembers

Let me die in solitude Under pale grey clouds Let me sleep forever Six feet under ground

My life ain't what I wanted Don't cry for me I'm not worth your pain I'm not worth your tears

I say goodbye And raindrops taste like tears

[ From: http://www.metrolyrics.com/in-solitude-lyrics-to-die-for.html ]

In the pouring rain I stand and die alone

In my final hour As I kneel on the leaves I can feel a wave of warmth Wash over me

Then it's really over My earthly misery I'm not to be remembered Don't cry for me

Wednesday, October 13, 2010

laksana anggerik

bunga anggerik atau lebih dikenali dengan nama orkid menjadi bunga kebangsaan negara Singapura. jika diteliti, bunga ini semakin mendapat tempat di kalangan pencinta bunga terutama kaum wanita sebagai penghias taman dan rumah. bunga anggerik mempunyai pelbagai warna dan spesis. namun, penulisan ini bukan bertujuan untuk berkenalan dengan spesis bunga ini apatah lagi cara penanaman atau jagaannya tetapi, bunga ini memperlihatkan daya ketahanan yang luar biasa berbanding dengan bunga lain. anggerik dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. teringat pulak dengan anggerik yang diletakkan dalam bekas yang berisi air oleh kakak saya di rumah. bunga itu tetap segar dan bertahan hampir 2 minggu. kerana itu, saya mengatakan laksana anggerik sebab, ketahanan dan kekuatan yang dimiliki oleh bunga ini. anggerik..cantik..indah..kuat..menenangkan.,..peace to all..adios.


Thursday, October 7, 2010

semangkuk pan mee pencetus idea





kesedapan jelas terasa bak kata, sedap hingga menjilat jari. campuran daun bawang yang dihiris kecil bersama dengan ikan bilis goreng dan telur rebus separuh masak menambahkan lagi kesedapan di samping sangat mengenyangkan . semangkuk sup panas yang dicampur dengan sayur dan canggkuk manis menyerikan lagi keenakkan mee ini. setiap kali menikmati mee ini, saya merasakan satu kenikmatan yang tidak terhingga menjalar dalam deria rasa lidah saya. saya juga dimaklumkan bahawa, resipi yang digunakan adalah resipi turun temurun dalam keluarga cina tersebut. terima kasih kepada Restaurant Super Kicthen Chilli Pan Mee.
sedap taukey!!..peace to all..adios..