Friday, June 27, 2014

Seperti biasa kembali menghadap tugasan harian-8 jam berada di pejabat. Sesekali mengenang kembali detik bergelar penganggur terhormat dulu..amat indah kerana tidak terikat dengan pelbagai tugasan dan masa untuk diri sendiri sangat berkualiti. Pernah satu saat, bila dah bergelar pekerja, AKU INGIN KEMBALI KE ZAMAN YANG AKU BOLEH BUAT SESUKA HATI DENGAN MASA TERLUANG.

Monday, June 16, 2014

Bila menjengah catatan maya peribadi ini, rindu bertamu lebih-lebih lagi sempat singgah sejenak di ruangan blog mahaguru. Rindu mendengar leteran dan tunjuk ajar darinya...jiwa, bila diadun dan dibentuk..tiada yang mudah merubahnya. Sekalipun bertimpa-timpa godaan tetap jua kukuh! Terima kasih mahaguru...jiwa bermain bahasa masih tegar di dada..