Sunday, October 23, 2011

aku diam saja..

kalau aku bisa bercakap,
cakaplah apa-apa sahaja, 
kalau aku bisa ucap,
ucaplah apa-apa sahaja, 
ya..cakap dan ucap apa sahaja,
lewat lontaran suara yang kadang kala 
tenggelam dek ombak masa,
yang kadang kala timbul dek arus rasa,

bukan sekadar kosongan menghiasi ucapanku,
bukan sekadar kata-kata manis yang cair di mulut,
dan hilang selepas ditelan,
ingin sekali aku bersuara..teramat ingin,
terasa benar di hujung lidah akan perkataanku itu,
tapi, ada mata-mata memandang menerjah dengan jelingan,
mata-mata yang seolah-olah ada mulut dan berkata-kata,
" hai! kau yang disana, tutup mulutmu!"

mata-mata yang amat ku tidak sukai,
menjelirkan lidahnya yang panjang,
dan lidahnya kemudian..
membalut seluruh tubuhku
memulas segenap tenagaku,
menginjak nadi utamaku,
wah..gampangnya mereka,
gampangnya nya mata-mata itu.

peranan kita...

" seniman harus lebih dahulu daripada yang lain-lain, termasuk orang politik, melihat jalan keluar bagi kepentingan bangsa, karena bukankah seniman itu menjadi hati nurani bangsanya?" ( Ajip Rosidi, 221: Anak Tanah Air- secercah kisah).

membaca novel ini menguatkan lagi semangat sebagai seorang pelajar kesusasteraan. bukan kerana kemegahan tetapi, fikiran yang jauh untuk bangsa diri. lihatlah, bagaimana 'seniman' memberi sumbangan besar kepada negara bangsanya. pemikiran seperti ini patut difikirkan oleh semua pendokong kesusasteraan termasuklah yang terlibat secara lansung atau tidak secara lansung dan para pemimpin negara juga harus mendengar pandangan dan buah fikiran daripada 'seniman'dan bukan semata-mata mempraktikkan falsafah politik sahaja. bercakap tentang novel seperti di atas, jelas menunjukkan sejarah sesebuah negara dirakam dengan baik melalui karya yang bukan sahaja memfokuskan kepada sejarah material semata-mata tetapi, hakikat hati, perasaan dan keinginan mendalam rakyat untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara bangsa di samping menyuarakan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka. lihatlah, bertapa indahnya kesusasteraan, bertapa murninya karya ciptaan para 'seniman'. apa yang menjadi persoalan ialah adakah orang diluar sana mendengar luahan dan rintihan hati yang cuba disampaikan oleh 'seniman' lewat karya mereka??..fikir-fikirkan lah..peace to all..adios..