Tuesday, December 27, 2011

'holiday'

sangat gembira bila dapat bercuti biarpun minggu ini sepatutnya adalah minggu ulangkaji..namun, misi merehatkan otak harus disempurnakan..supaya selepas ini otak akan menerima lebih banyak input-input yang mungkin mempunyai kapasiti yang 'lebih muatan'. 

Friday, December 9, 2011

OBSES

suatu ketika dahulu, aku bercita-cita hendak menjadi pelukis. cita-cita waktu zaman kanak-kanak sangat memberikan inspirasi kepada kehidupan dewasaku sekarang. dalam usia yang masih lagi di alam persekolahan menengah, melukis merupakan aktiviti harianku walaupun sanggup berjaga sampai pagi semata-mata hendak menyiapkan lukisan. apabila tiba hujung minggu, lukisan kertas A4 merupakan teman rapat yang sentiasa menemani diri, ya...sebetulnya aku tiada punya teman yang boleh diajak 'dating' seperti kebanyakkan rakan-rakan yang lain hahah...dengan kertas A4 yang merupakan milik kakak nombor duaku selalu saja ku ambil tanpa pengetahuannya...maaf ya kak. kegilaan melukis memaksa diri untuk sentiasa mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan objek lukisan. objek yang menjadi wajib untuk diabadikan dalam kertas A4 ku biasanya watak-watak komik yang ku baca. sangat  mengujakan apabila remaja begitu obses dengan cita-citanya. jika direnung dalam diri ini dalam usia yang dewasa, sebetulnya masih lagi remaja..payah untuk mempunyai semangat obses seperti itu. ingin saja diseru semangat dulu supaya tidak lembik seperti sekarang. mahu saja dilaung-laung keobsesan itu supaya pada waktu ini saya bersemangat membuat tugasan yang semuanya menuntut hak masing-masing supaya disegerakan penyudahannya. OH! SANGAT MENRINDUI WAKTU-WAKTU KETIKA OBSES 'BEKERJA' ITU. MARILAH..MARILAH...DATANG KEPADAKU..

Thursday, December 8, 2011

persalinan baru

 
krismas semakin menghampiri dalam bulan disember ini. walaupun tidak membuat sebarang persiapan untuk menyambutnya seperti mana suasana di rumah, tetapi..hati tetap bersedia menyambut tarikh itu..sangat bermakna! jika kita tahu bahawa ada 'orang' yang sudi berkorban untuk kita pada bila-bila masa saja dalam apa jua perkara, sehingga silap kita, kekotoran kita, malah aib yang dilemparkan kepada kita dibasuh, dibersih sekaligus memberikan persalinan yang baru bagi kita. makanya, ucapan krismas itu bukan sahaja menyedapkan telinga orang yang ditujukan tetapi seiring dengan perkataan-perkataan yang menjadi doa kepada mereka supaya krismas mereka lebih bermakna. SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS KEPADA SEMUA YANG MENERIMA JESUS SEBAGAI JURUSELAMAT. peace to all..adios..

Wednesday, December 7, 2011

sesedap mata memandang

kata orang..dari mata turun ke hati, maka imejan yang timbul dari hati akan dibawa oleh salur halus yang dipanggil saraf ke otak untuk diproses seterusnya menghasilkan keputusan cantik atau hodoh, indah atau buruk..semuanya ditafsir oleh akal. sungguh! mata itu tidak dapat menipu bahkan kejelasan tertera tidak berselindung. jadi..janganlah menghidangkan mata anda dengan perkara-perkara yang tidak indah kerana..otak akan menafsirkan apa yang dipandang mata. bahayanya saudara saudari...insaf akan diri ini dengan kejahilan..kalaulah mata ini boleh dicuci dengan sabun...adios...peace to all..

Thursday, December 1, 2011

aku bercerita...

suatu hari dia bercerita, kalau bisa,
anak watannya naik ke bulan,
pada hari ini, anaknya terbang ke angkasa,

suatu hari, dia berkisah kalau bisa,
anak pemudanya petah berkata-kata,
pada hari ini, cucunya dipenjara kerana lidahnya,

suatu hari, dia berhikayat, kalau bisa,
anak bangsanya cerdik ilmu moralnya,
pada hari ini, cicitnya makin liar,
menerajang dinding adat sopan,

suatu hari, dia bermadah, kalau bisa,
anak peliharaannya berfikir minda kelas pertama,
namun, hari ini dangkal tetap menjadi pegangan,
pentingkan diri menjadi Tuhan!
kisah yang suatu hari menjadi omongan..