Monday, September 27, 2010

segugus bicara...sakura


bunga sakura @ cherry blossom sangat digemari oleh semua orang. apabila menyebut tentang bunga sakura, umumnya ia merujuk kepada negara matahari terbit. melihat keelokan bunga sakura biarpun hanya potretnya membuatkan hati saya damai dan  terdetik untuk 'mengupload' gambar bunga ini kerana saya pasti ramai yang menggemari akan bunga ini. teringat pulak akan sekeping gambar bunga sakura di tepi sebuah tasik yang saya gunting dari akhbar dan saya simpan sewaktu tingkatan 2 dulu. ah, mengembalikan nostalgia lama bunga sakura...bercakap tentang bunga sakura, di jepun dalam tempoh heian (794-1911), muncul pesta melihat bunga @ hanami. semasa pesta ini berlansung, keluarga maharaja, para penyajak dan penyanyi-penyanyi bersama-sama berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura. pada saat inilah mereka menikmati kesenian dengan bacaan sajak dan nyanyian. negara kita juga memiliki bunga sebagai simbol yang mewakili negara kita iaitu bunga raya. sebagai rakyat malaysia yang prihatin terhadap negara dan khazanah sasteranya, marilah kita wujudkan budaya menghayati seni dan kesusasteraan sambil 'berkampung' di taman bunga raya. dengan demikian, bunga raya tidak hanya menjadi simbol kepada negara malah menjadi tempat untuk menyuburkan kesusasteraan negara dalam kalangan rakyatnya. peace to all...adios..

Friday, September 24, 2010

minda berlingkar


umpama benang yang kusut dan susah di rungkaikan, begitulah minda kita apabila berdepan dengan tekanan hidup. namun, jika kesabaran yang dimiliki, maka benang itu dapat disusun dan dipintal semula dengan elok...peace to all..adios..

Thursday, September 23, 2010

ikan bilis rangkai

ikan bilis amat popular dalam masakan sama ada masakan bergoreng, berkuah, sup dan sebagainya. pendek kata, ikan bilis pelengkap kepada masakan. walaupun pelbagai jenis perasa instant, namun ikan bilis tetap diutamakan dalam masakan. apabila melihat ikan bilis atau ikan yang kecil ini, biarlah kita bayangkan tentang sesuatu yang melengkapkapi kehidupan kita. ikan bilis boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan seperti sambal tumis, digoreng bersama dengan kacang dan sebagainya. jadi, marilah kita fikirkan bahawa ikan bilis di umpamakan sebagai sesuatu pelengkap dalam hidup kita. saya teringat zaman kanak-kanak dulu. sekiranya ikan bilis sudah habis di dapur, mak saya akan meminta saya untuk membeli ikan bilis di kedai. perkara itu sentiasa berlaku sehingga saya meningkat dewasa mak saya cepat-cepat meminta saya membeli ikan bilis sebelum memasak sekiranya ikan bilis di dapur sudah habis. peace to all..adios..

kembara kekreatifan

kehidupan sebagai seorang pelajar tak kira pelajar sekolah, swasta atau awam, tekanan menjadi sebahagian daripada ramuan hidup di samping rencah-rencah yang lain. tanpa tekanan, seseorang itu tidak dapat merasakan perih dan jerih kehidupan sebagai seorang pelajar. walau bagaimanapun tahap tekanan itu biarpun diukur dengan termometer atau skala ricther, biarlah kita memandang sesuatu yang lain di sebalik tekanan ini. apa yang saya maksudkan ialah, biarlah tekanan itu menjadi sebahagian daripada kembara kekreatifan kita. kita jangan memandang tekanan itu sebagai satu beban, namun pandanglah sebagai satu ilham yang dapat mempermewahkan lagi imaginasi kita. dengan demikian, kita mungkin dapat lari daripada tekanan atau meringankan tekanan itu apabila kita memandang enteng perkara yang rumit. janganlah saudara-saudara tertipu oleh tekanan sebaliknya jadikan tekanan sebagai sumber kreatif kita. peace to all..adios...

menjana imaginasi kreatif

imaginasi merupakan suatu yang abstrak yang berlaku dalam pemikiran manusia. daya imaginasi yang tinggi dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu, sama ada karya kreatif, lukisan dan sebagainya memerlukan pemupukan dan kegairahan yang tinggi dalam diri seseorang supaya kekreatifan itu wujud. memandang alam sekeliling dan hidupan dengan dimensi yang berlainan akan menghasilkan sesuatu yang kreatif. oleh itu, blog ini  menjadi sebahagian daripada sumber untuk menjana imaginasi kreatif. melalui kewujudan blog ini, kita dapat berkongsi ilham kekreatifan seterusnya mampu menghasilkan sesuatu yang kreatif dan bermutu. blog ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti bagi set kursus SKMM 2083 iaitu PENULISAN KREATIF bagi program PERSURATAN MELAYU, di  UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.