Wednesday, January 15, 2014




makan oh makan


Memberi panduan dan nasihat berkaitan pemakanan sudah menjadi tanggungjawab para doktor dan pakar pemakanan. Maka, tejelma sebuah 'bangunan' kecil yang kita panggil piramid makanan dalam bahasa saintifiknya. Wujud piramid itu amat menyenangkan kita kerana garis panduan tentang pengambilan makanan serta sukatan dan jenis dapat dikenalpasti dengan cepatnya. Ternyata, kita amat mengambil berat akan keperluan tubuh badan malah, ada yang berbelanja ratusan dan ribuan atau lebih untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Kemudian, satu persoalan berputar...sudah berapa lama otakku tidak diberi makan dengan sekucupnya. Semua hidangan yang aku sajikan hampir setahun lalu semuanya snack dan  junk food yang tidak menyihatkan...alahai..beribu-ribu karat rasanya. Kemudian lagi...oh...ternyata waktu ini aku amat memerlukan sesuatu yang boleh mengisi minda!...

P.S...aku terlupa untuk mengambil makanan tambahan selepas menikmati makan malam...

Tuesday, January 14, 2014

sesingah


2013 hingga kini, menjadi sebuah bab yang berputus-putus dalam hidup..dua kali bertukar tempat kerja,
'travel' dari malaya ke bumi kenyalang..kadang-kadang semua itu agak memenatkan..dan alangkah bagus jika sekeping tubuh molek ini menetap di suatu tempat dalam jangka masa yang lama. Namun, adat hidup membujang..suatu nikmat yang tidak terhingga apabila bepergian tanpa memikirkan tangungan,..akan aku nikmati detik seperti ini...