Saturday, October 23, 2010

hamba mereka

bercakap tentang dadah, semua orang pasti akan tahu apa itu dadah dan akibat jika mengambil dadah. umpama hamba yang disumpah jika seseorang itu mendekati dadah dan mengambilnya. manusia yang mencipta dadah dan manusia juga yang menangung akibat daripada ciptaan mereka sendiri dan manusia juga berusaha dengan sekuatnya memulihkan dan menghalang manusia-manusia yang lain daripada menambil dadah. peliknya manusia itu. namun, itulah yang telah terjadi. dadah yang kadang kala menjadi ubat itu amat berguna juga kepada manusia. segala yang berkaitan dengan penyakit akan menggunakan dadah sebagai penyembuhnya. namun, dunia yang semakin maju ini, dadah bukan lagi satu yang pelik bagi manusia dan manusia tahu jika mengambil dadah, tiada jalan untuk berpaling lagi. tetapi bagaimana pula dengan kemajuan-kemajuan lain yang dicapai oleh manusia? seperti teknologi. telefon bimbit misalnya. juga menjadi satu ketagihan kepada manusia hari ini. setiap hari pasti ada jenama baru yang keluar di pasaran. kemajuan itu juga salah satu 'dadah' kerana menjadi satu ketagihan kepada manusia. begitu juga dengan laman web sosial seperti facebook dan yang seumpama dengannya. semuanya adalah 'dadah'. jadi, manusia hari ini semuanya terlibat dengan 'dadah'. peace to all..adios....

No comments:

Post a Comment