Potonglah jari manisku!
Biar berdarah cincin itu!
Potonglah dengan lembut
Kerana pisau dari tanganmu 
lembut usapan bak sutera.
Balut tubuh ini yang kedinginan
Balut dengan halus rambutmu
Kerana dingin kehidupan 
Terbang bersama jasad dan roh
Hidup yang semalam
Hapus bersama darahku yang mengalir
Siksa menjalani 
Perit mengharungi
Taman berduri itu sekali lagi kutempuhi
Cincin di jari manisku, kau lumur darah segarku
Pisau lembutmu, kau pacak di dadaku
Taman berduri!
Menjadi saksi !
Taman berduri, liar membalut
Taman berduri, medan cinta kecundang
Taman berduri, usah dijejaki
Taman berduri, ku menjadi mangsamu!