Wednesday, December 7, 2011
sesedap mata memandang
kata orang..dari mata turun ke hati, maka imejan yang timbul dari hati akan dibawa oleh salur halus yang dipanggil saraf ke otak untuk diproses seterusnya menghasilkan keputusan cantik atau hodoh, indah atau buruk..semuanya ditafsir oleh akal. sungguh! mata itu tidak dapat menipu bahkan kejelasan tertera tidak berselindung. jadi..janganlah menghidangkan mata anda dengan perkara-perkara yang tidak indah kerana..otak akan menafsirkan apa yang dipandang mata. bahayanya saudara saudari...insaf akan diri ini dengan kejahilan..kalaulah mata ini boleh dicuci dengan sabun...adios...peace to all..
Thursday, December 1, 2011
aku bercerita...
suatu hari dia bercerita, kalau bisa,
anak watannya naik ke bulan,
pada hari ini, anaknya terbang ke angkasa,
suatu hari, dia berkisah kalau bisa,
anak pemudanya petah berkata-kata,
pada hari ini, cucunya dipenjara kerana lidahnya,
suatu hari, dia berhikayat, kalau bisa,
anak bangsanya cerdik ilmu moralnya,
pada hari ini, cicitnya makin liar,
menerajang dinding adat sopan,
suatu hari, dia bermadah, kalau bisa,
anak peliharaannya berfikir minda kelas pertama,
namun, hari ini dangkal tetap menjadi pegangan,
pentingkan diri menjadi Tuhan!
kisah yang suatu hari menjadi omongan..
Friday, November 4, 2011
sekadar sedikit rasa..
awan...
bawalah bingkisan cinta ini...
biar menjadi rintik hujan...
segarkan kegersangan hati sang pencinta..
malam..
gelap dirimu menutup maluku..
tatap matanya leburkan rangka tulangku...
hingga menjadi debu cinta..
berterbangan di udara..
bulan..
andai pungguk rindukan dirimu..
maka aku rindu akan kekasihku..
duduk merenungmu bukan bermakna cintakanmu..
hanya sekadar membayangkan wajah kekasihku..
Sunday, October 23, 2011
aku diam saja..
kalau aku bisa bercakap,
cakaplah apa-apa sahaja,
kalau aku bisa ucap,
ucaplah apa-apa sahaja,
ya..cakap dan ucap apa sahaja,
lewat lontaran suara yang kadang kala
tenggelam dek ombak masa,
yang kadang kala timbul dek arus rasa,
bukan sekadar kosongan menghiasi ucapanku,
bukan sekadar kata-kata manis yang cair di mulut,
dan hilang selepas ditelan,
ingin sekali aku bersuara..teramat ingin,
terasa benar di hujung lidah akan perkataanku itu,
tapi, ada mata-mata memandang menerjah dengan jelingan,
mata-mata yang seolah-olah ada mulut dan berkata-kata,
" hai! kau yang disana, tutup mulutmu!"
mata-mata yang amat ku tidak sukai,
menjelirkan lidahnya yang panjang,
dan lidahnya kemudian..
membalut seluruh tubuhku
memulas segenap tenagaku,
menginjak nadi utamaku,
wah..gampangnya mereka,
gampangnya nya mata-mata itu.
peranan kita...
" seniman harus lebih dahulu daripada yang lain-lain, termasuk orang politik, melihat jalan keluar bagi kepentingan bangsa, karena bukankah seniman itu menjadi hati nurani bangsanya?" ( Ajip Rosidi, 221: Anak Tanah Air- secercah kisah).
membaca novel ini menguatkan lagi semangat sebagai seorang pelajar kesusasteraan. bukan kerana kemegahan tetapi, fikiran yang jauh untuk bangsa diri. lihatlah, bagaimana 'seniman' memberi sumbangan besar kepada negara bangsanya. pemikiran seperti ini patut difikirkan oleh semua pendokong kesusasteraan termasuklah yang terlibat secara lansung atau tidak secara lansung dan para pemimpin negara juga harus mendengar pandangan dan buah fikiran daripada 'seniman'dan bukan semata-mata mempraktikkan falsafah politik sahaja. bercakap tentang novel seperti di atas, jelas menunjukkan sejarah sesebuah negara dirakam dengan baik melalui karya yang bukan sahaja memfokuskan kepada sejarah material semata-mata tetapi, hakikat hati, perasaan dan keinginan mendalam rakyat untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara bangsa di samping menyuarakan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka. lihatlah, bertapa indahnya kesusasteraan, bertapa murninya karya ciptaan para 'seniman'. apa yang menjadi persoalan ialah adakah orang diluar sana mendengar luahan dan rintihan hati yang cuba disampaikan oleh 'seniman' lewat karya mereka??..fikir-fikirkan lah..peace to all..adios..

Monday, September 26, 2011
selamat kembali ke kampus
masih terasa akan udara segar dan bau masakan di kampung (walaupun hanya bercuti di kampung selama satu bulan) dan keriuhan suara saudara mara. Perbezaan yang ketara antara kawasan pedalaman dan bandar membuatkan ingatan itu tetap segar biarpun segala kemudahan yang ada dibandar tidak ada di kampung. bercakap pasal cuti, ya...bercuti sakan nampaknya saya semester ini kerana segala-galanya bercuti termasuklah buku, pen dan komputer riba kesayangan hamba. namun demikian, saya mempelajari perkara baru dalam hidup iaitu bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Benar kata orang bekerja bukan perkara yang mudah. Usaha dan tenaga amat-amat diperlukan biarpun hanya bekerja sebagai pembantu jualan. bagi saya..amat menarik bekerja sebagai pembantu jualan walaupun agak 'dipandang rendah 'oleh masyarakat. kenapa saya kata menarik? sebab..kita boleh bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang punya kehendak dan keinginan yang berbeza..wah...Tuhan memang maha kuasa. semua manusia tidak sama..kalau ada persamaan pun..mungkin dalam perkara yang kecil sahaja. Berdepan dengan ahli masyarakat sangat mengajar kita erti sabar, erti bertolenrasi dan sikap jujur apabila berdepan dengan mereka. Amat gembira sekiranya ada dikalangan pemimpin masyarakat yang sanggup bekerja di pasar raya atau kedai-kedai runcit semata-mata untuk melihat dan meninjau kehidupan ahli masyarakat. sungguh bermakna...
peace to all.adios..
peace to all.adios..
Sunday, May 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)