Tuesday, August 28, 2012
KUMPUL, SUSUN, CANTUM..
MENYUBURKAN KEMBALI MINAT YANG LAMA TERTIMBUS DEK MASA. KELUANGAN YANG ADA MENYUBURKAN RASA UNTUK MENCATIT SEDIKIT RENCANA DARI HATI. BAK POTRET YANG INDAH, BERMULA DARI TITIK WARNA KEMUDIAN, DIPALIT DI ATAS KANVAS BERSAMA DENGAN KERINGAT DAN KECINTAAN PENGKARYA. INDAH UNTUK DITATAP DAN DIRASA...JADI, SELAMAT KEMBALI AKTIF!
Sunday, August 26, 2012
selamat kembali
Sejenak berehat bersama badan dan otak bergerak. Apakah maknanya itu?
Bukan semestinya manusia berehat, segalanya berhenti, ya..
minda bergerak, mata melihat,
minda berhenti, mata tertutup,
P.S minggu terakhir menjalani latihan industri di pejabat daerah. Pengalaman yang memberansangkan sebagai seorang siswazah Persuratan Melayu.
Tuesday, May 8, 2012
kembali menjengah
Seolah-olah bercuti dalam waktu yang panjang. Begitulah keadaannya saya selama laman ini tidak dilawati. Dengan membiarkan 'semak-samun' membiak dengan galaknya tanpa memotongnya, laman ini seolah-olah padang rumput terbiar. Banyak aktiviti yang tidak sempat dirakamkan dalam laman ini. Amat menyesali akan diri sendiri. Peace to all..adios..
Monday, February 6, 2012
Tuesday, December 27, 2011
'holiday'
sangat gembira bila dapat bercuti biarpun minggu ini sepatutnya adalah minggu ulangkaji..namun, misi merehatkan otak harus disempurnakan..supaya selepas ini otak akan menerima lebih banyak input-input yang mungkin mempunyai kapasiti yang 'lebih muatan'.
Friday, December 9, 2011
OBSES
suatu ketika dahulu, aku bercita-cita hendak menjadi pelukis. cita-cita waktu zaman kanak-kanak sangat memberikan inspirasi kepada kehidupan dewasaku sekarang. dalam usia yang masih lagi di alam persekolahan menengah, melukis merupakan aktiviti harianku walaupun sanggup berjaga sampai pagi semata-mata hendak menyiapkan lukisan. apabila tiba hujung minggu, lukisan kertas A4 merupakan teman rapat yang sentiasa menemani diri, ya...sebetulnya aku tiada punya teman yang boleh diajak 'dating' seperti kebanyakkan rakan-rakan yang lain hahah...dengan kertas A4 yang merupakan milik kakak nombor duaku selalu saja ku ambil tanpa pengetahuannya...maaf ya kak. kegilaan melukis memaksa diri untuk sentiasa mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan objek lukisan. objek yang menjadi wajib untuk diabadikan dalam kertas A4 ku biasanya watak-watak komik yang ku baca. sangat mengujakan apabila remaja begitu obses dengan cita-citanya. jika direnung dalam diri ini dalam usia yang dewasa, sebetulnya masih lagi remaja..payah untuk mempunyai semangat obses seperti itu. ingin saja diseru semangat dulu supaya tidak lembik seperti sekarang. mahu saja dilaung-laung keobsesan itu supaya pada waktu ini saya bersemangat membuat tugasan yang semuanya menuntut hak masing-masing supaya disegerakan penyudahannya. OH! SANGAT MENRINDUI WAKTU-WAKTU KETIKA OBSES 'BEKERJA' ITU. MARILAH..MARILAH...DATANG KEPADAKU..
Thursday, December 8, 2011
persalinan baru
krismas semakin menghampiri dalam bulan disember ini. walaupun tidak membuat sebarang persiapan untuk menyambutnya seperti mana suasana di rumah, tetapi..hati tetap bersedia menyambut tarikh itu..sangat bermakna! jika kita tahu bahawa ada 'orang' yang sudi berkorban untuk kita pada bila-bila masa saja dalam apa jua perkara, sehingga silap kita, kekotoran kita, malah aib yang dilemparkan kepada kita dibasuh, dibersih sekaligus memberikan persalinan yang baru bagi kita. makanya, ucapan krismas itu bukan sahaja menyedapkan telinga orang yang ditujukan tetapi seiring dengan perkataan-perkataan yang menjadi doa kepada mereka supaya krismas mereka lebih bermakna. SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS KEPADA SEMUA YANG MENERIMA JESUS SEBAGAI JURUSELAMAT. peace to all..adios..
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)


