masih terasa akan udara segar dan bau masakan di kampung (walaupun hanya bercuti di kampung selama satu bulan) dan keriuhan suara saudara mara. Perbezaan yang ketara antara kawasan pedalaman dan bandar membuatkan ingatan itu tetap segar biarpun segala kemudahan yang ada dibandar tidak ada di kampung. bercakap pasal cuti, ya...bercuti sakan nampaknya saya semester ini kerana segala-galanya bercuti termasuklah buku, pen dan komputer riba kesayangan hamba. namun demikian, saya mempelajari perkara baru dalam hidup iaitu bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Benar kata orang bekerja bukan perkara yang mudah. Usaha dan tenaga amat-amat diperlukan biarpun hanya bekerja sebagai pembantu jualan. bagi saya..amat menarik bekerja sebagai pembantu jualan walaupun agak 'dipandang rendah 'oleh masyarakat. kenapa saya kata menarik? sebab..kita boleh bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang punya kehendak dan keinginan yang berbeza..wah...Tuhan memang maha kuasa. semua manusia tidak sama..kalau ada persamaan pun..mungkin dalam perkara yang kecil sahaja. Berdepan dengan ahli masyarakat sangat mengajar kita erti sabar, erti bertolenrasi dan sikap jujur apabila berdepan dengan mereka. Amat gembira sekiranya ada dikalangan pemimpin masyarakat yang sanggup bekerja di pasar raya atau kedai-kedai runcit semata-mata untuk melihat dan meninjau kehidupan ahli masyarakat. sungguh bermakna...
peace to all.adios..
Monday, September 26, 2011
Sunday, May 1, 2011
Friday, March 25, 2011
renungan buat manusia yang bergelar insan
itu kamu!
yang sedang enak dibalut mimpi,
ranjangmu berlapik kapas,
gebarmu baldu merah,
baju tidurmu ulat sutera,
bantalmu bersulam emas!
hai itu kamu!
terlupa akan si tempang peminta sedekah,
lalai akan si buta berwajah gundah!
alpa akan si kecil tangannya sebelah,
amat terlupakah hai dirimu itu?
itu kamu!
yang bersukacita menari elok dipentas,
bajumu indah berkedipan,
seluarmu buatan tangan,
rupamu gemerlap indah nian,
hai itu kamu!
teringatkah engkau akan si tua,
menumpang di kayu reput,
sebatang kara!
terjelmakah rupa si miskin
yang hidupnya ibarat ayam?
hai itu kamu,
yang lantang bersuara di meja,
melontar kata-kata,
bak air mengalir laju,
mendengar..melihat..
tak usah meraba!
nah! mereka juga manusia...
Wednesday, February 23, 2011
HAPPY VALENTINE DAY...
walaupun dah berlalu...tapi...sebagai insan yang memiliki perasaan kasih sayang terhadap sesama manusia, wajarlah kita menyambutnya setiap hari....bukan pada hari tersebut saja. makna kasih sayang sangat luas jika hendak diteliti...oleh itu...terpulang kepada individu untuk menilai makna dan mengamalkannya. bagi saya...kasih sayang saya untuk Tuhan saya...keluarga dan para sahabat..sekian...
peace to all...adios...
Friday, January 28, 2011
dan..
Aku kata, selagi terdaya aku tetap mencinta..
Dia kata, segalanya akan dikorban untuk memberi bahagia…
Dan..
Kau memilih dia..
Aku kata, cinta melulu itu cinta buta…
Dia kata, pertaruhkan nyawa demi cinta…
Dan..
Kau tetap memilihnya…
taman berduri..
Potonglah jari manisku!
Biar berdarah cincin itu!
Potonglah dengan lembut
Kerana pisau dari tanganmu
lembut usapan bak sutera.
Balut tubuh ini yang kedinginan
Balut dengan halus rambutmu
Kerana dingin kehidupan
Terbang bersama jasad dan roh
Hidup yang semalam
Hapus bersama darahku yang mengalir
Siksa menjalani
Perit mengharungi
Taman berduri itu sekali lagi kutempuhi
Cincin di jari manisku, kau lumur darah segarku
Pisau lembutmu, kau pacak di dadaku
Taman berduri!
Menjadi saksi !
Taman berduri, liar membalut
Taman berduri, medan cinta kecundang
Taman berduri, usah dijejaki
Taman berduri, ku menjadi mangsamu!
Saturday, January 15, 2011
azam 2011
setiap insan pasti mempunyai impian dan harapan. sempena dengan tahun 2011 yang telah menjelang, ramai yang memasang cita-cita dan visi yang ingin dicapai. bak kata orang tahun baru, azam pun baru. tetapi teman, sekuat manakah semangat kita mencapai impian dan kehendak hati kita itu? tepuk dada tanya selera! ada azam ingin menjadi lebih kurus, ingin menukar kereta baru, beli rumah, ingin mencapai keputusan cemerlang dalam perperiksaan..dan berbagai-bagai lagi. pokoknya, azam itu mestilah lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.
apa-apa pun, semoga berjaya mencapai azam baru. peace to all. adios.
apa-apa pun, semoga berjaya mencapai azam baru. peace to all. adios.
Subscribe to:
Posts (Atom)
