Saturday, October 23, 2010
hamba mereka
bercakap tentang dadah, semua orang pasti akan tahu apa itu dadah dan akibat jika mengambil dadah. umpama hamba yang disumpah jika seseorang itu mendekati dadah dan mengambilnya. manusia yang mencipta dadah dan manusia juga yang menangung akibat daripada ciptaan mereka sendiri dan manusia juga berusaha dengan sekuatnya memulihkan dan menghalang manusia-manusia yang lain daripada menambil dadah. peliknya manusia itu. namun, itulah yang telah terjadi. dadah yang kadang kala menjadi ubat itu amat berguna juga kepada manusia. segala yang berkaitan dengan penyakit akan menggunakan dadah sebagai penyembuhnya. namun, dunia yang semakin maju ini, dadah bukan lagi satu yang pelik bagi manusia dan manusia tahu jika mengambil dadah, tiada jalan untuk berpaling lagi. tetapi bagaimana pula dengan kemajuan-kemajuan lain yang dicapai oleh manusia? seperti teknologi. telefon bimbit misalnya. juga menjadi satu ketagihan kepada manusia hari ini. setiap hari pasti ada jenama baru yang keluar di pasaran. kemajuan itu juga salah satu 'dadah' kerana menjadi satu ketagihan kepada manusia. begitu juga dengan laman web sosial seperti facebook dan yang seumpama dengannya. semuanya adalah 'dadah'. jadi, manusia hari ini semuanya terlibat dengan 'dadah'. peace to all..adios....
Sunday, October 17, 2010
nukilan ku...
Rindu tika itu,
Datang menyapa bila diri merasa sunyi,
Rindu pada tika itu,
Menerjah menusuk ruang pintu kalbu,
Kala tatapan bertaut,
Rindu pada saat ini,
Menikam sukma, memukul jiwa,
Tusukan duri-duri rindu nyilu terasa,
Nikmat ciptaan Tuhan pada makhluknya,
Pabila rindu kian membara,
Hujan air mata!
Sang pencinta, rindu berhamburan di dada,
Luahkan saja!
Lewat bisikan bayu senja,
Thursday, October 14, 2010
IN SOLITUDE
I'm not the one to die for Don't grieve for me After I am gone No one remembers
Let me die in solitude Under pale grey clouds Let me sleep forever Six feet under ground
My life ain't what I wanted Don't cry for me I'm not worth your pain I'm not worth your tears
I say goodbye And raindrops taste like tears
[ From: http://www.metrolyrics.com/in-solitude-lyrics-to-die-for.html ]
In the pouring rain I stand and die alone
In my final hour As I kneel on the leaves I can feel a wave of warmth Wash over me
Then it's really over My earthly misery I'm not to be remembered Don't cry for me
Let me die in solitude Under pale grey clouds Let me sleep forever Six feet under ground
My life ain't what I wanted Don't cry for me I'm not worth your pain I'm not worth your tears
I say goodbye And raindrops taste like tears
[ From: http://www.metrolyrics.com/in-solitude-lyrics-to-die-for.html ]
In the pouring rain I stand and die alone
In my final hour As I kneel on the leaves I can feel a wave of warmth Wash over me
Then it's really over My earthly misery I'm not to be remembered Don't cry for me
Wednesday, October 13, 2010
laksana anggerik
bunga anggerik atau lebih dikenali dengan nama orkid menjadi bunga kebangsaan negara Singapura. jika diteliti, bunga ini semakin mendapat tempat di kalangan pencinta bunga terutama kaum wanita sebagai penghias taman dan rumah. bunga anggerik mempunyai pelbagai warna dan spesis. namun, penulisan ini bukan bertujuan untuk berkenalan dengan spesis bunga ini apatah lagi cara penanaman atau jagaannya tetapi, bunga ini memperlihatkan daya ketahanan yang luar biasa berbanding dengan bunga lain. anggerik dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. teringat pulak dengan anggerik yang diletakkan dalam bekas yang berisi air oleh kakak saya di rumah. bunga itu tetap segar dan bertahan hampir 2 minggu. kerana itu, saya mengatakan laksana anggerik sebab, ketahanan dan kekuatan yang dimiliki oleh bunga ini. anggerik..cantik..indah..kuat..menenangkan.,..peace to all..adios.
Thursday, October 7, 2010
semangkuk pan mee pencetus idea
kesedapan jelas terasa bak kata, sedap hingga menjilat jari. campuran daun bawang yang dihiris kecil bersama dengan ikan bilis goreng dan telur rebus separuh masak menambahkan lagi kesedapan di samping sangat mengenyangkan . semangkuk sup panas yang dicampur dengan sayur dan canggkuk manis menyerikan lagi keenakkan mee ini. setiap kali menikmati mee ini, saya merasakan satu kenikmatan yang tidak terhingga menjalar dalam deria rasa lidah saya. saya juga dimaklumkan bahawa, resipi yang digunakan adalah resipi turun temurun dalam keluarga cina tersebut. terima kasih kepada Restaurant Super Kicthen Chilli Pan Mee.
sedap taukey!!..peace to all..adios..
Monday, September 27, 2010
segugus bicara...sakura
bunga sakura @ cherry blossom sangat digemari oleh semua orang. apabila menyebut tentang bunga sakura, umumnya ia merujuk kepada negara matahari terbit. melihat keelokan bunga sakura biarpun hanya potretnya membuatkan hati saya damai dan terdetik untuk 'mengupload' gambar bunga ini kerana saya pasti ramai yang menggemari akan bunga ini. teringat pulak akan sekeping gambar bunga sakura di tepi sebuah tasik yang saya gunting dari akhbar dan saya simpan sewaktu tingkatan 2 dulu. ah, mengembalikan nostalgia lama bunga sakura...bercakap tentang bunga sakura, di jepun dalam tempoh heian (794-1911), muncul pesta melihat bunga @ hanami. semasa pesta ini berlansung, keluarga maharaja, para penyajak dan penyanyi-penyanyi bersama-sama berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura. pada saat inilah mereka menikmati kesenian dengan bacaan sajak dan nyanyian. negara kita juga memiliki bunga sebagai simbol yang mewakili negara kita iaitu bunga raya. sebagai rakyat malaysia yang prihatin terhadap negara dan khazanah sasteranya, marilah kita wujudkan budaya menghayati seni dan kesusasteraan sambil 'berkampung' di taman bunga raya. dengan demikian, bunga raya tidak hanya menjadi simbol kepada negara malah menjadi tempat untuk menyuburkan kesusasteraan negara dalam kalangan rakyatnya. peace to all...adios..
Friday, September 24, 2010
minda berlingkar
umpama benang yang kusut dan susah di rungkaikan, begitulah minda kita apabila berdepan dengan tekanan hidup. namun, jika kesabaran yang dimiliki, maka benang itu dapat disusun dan dipintal semula dengan elok...peace to all..adios..
Subscribe to:
Posts (Atom)