Wednesday, October 13, 2010

laksana anggerik

bunga anggerik atau lebih dikenali dengan nama orkid menjadi bunga kebangsaan negara Singapura. jika diteliti, bunga ini semakin mendapat tempat di kalangan pencinta bunga terutama kaum wanita sebagai penghias taman dan rumah. bunga anggerik mempunyai pelbagai warna dan spesis. namun, penulisan ini bukan bertujuan untuk berkenalan dengan spesis bunga ini apatah lagi cara penanaman atau jagaannya tetapi, bunga ini memperlihatkan daya ketahanan yang luar biasa berbanding dengan bunga lain. anggerik dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. teringat pulak dengan anggerik yang diletakkan dalam bekas yang berisi air oleh kakak saya di rumah. bunga itu tetap segar dan bertahan hampir 2 minggu. kerana itu, saya mengatakan laksana anggerik sebab, ketahanan dan kekuatan yang dimiliki oleh bunga ini. anggerik..cantik..indah..kuat..menenangkan.,..peace to all..adios.


1 comment: